Jumaat, 29 Januari 2010

lama tak ada berita

salam buat semua..... bertemu sekali lagi.. blog terlalu banyak sampai terlupa pulak ada blog ini.. ingin saya berkongsi ilmu pada hari ini..tentang aktiviti MGC Johor.
Pada 29 hb Janauari bersamaan Hari Jumaat pihak MGCJohor telah mengadakan kursus bina blog untuk SU dan Pen SU di Hotel Landmark batu Pahat...rasanya..tentu seronok dan berbaloi .
Aktiviti ini berjalan sehingga 31 Januari.. jika dah siap lancar sama2 lah kita tengok perubahan blog MGC daerah masing-masing,k.

Isnin, 17 Ogos 2009

Roadshow DiTangguh..

Salam buat semua...
Roadshow ditangguh antara MGC KUlai dan MGC Pontian.Walau Apapun,GC janganlah give up.bukannya senang nak buat Program Besar dan Bukannya senang nak kumpul orang.Bagi saya Gc tetap kena tingkatkan kemahiran dan ilmu ,hubungan kena baik dengan PPD dan MGC daerah lain.Saling ada kontak dan saling ada perkongsian ilmu.Ingatlah Hidup ini adalah untuk berbakti...........

Isnin, 20 Julai 2009

ROADSHOW MGC PONTIAN

Salam buat semua GC......Program roadshow akan bermula pada 28 Julai ini. Bermula apda peringkat UPSR di BILIK Latihan Pendidikan Guru di PKG Bandar Pontian.Manakala Roadshow Gc bagi PMR dan SPM akan bermula 29/7 ini bertempat di Benut (PKG Bandar Pontian)....

Rabu, 15 Julai 2009

kursus pemurnian blog di PKG BANDAR

Salam buat semua GC... Pada hari ini seramai 17 0rang GC telah berkumpul di PKG Bandar Pontian iaitu di Bilik Enigma. Tahniah diucapkan kepada GC kerana sanggup datang ke sini meskipun banyak tugasan yang perlu dibereskan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Hari Ibu

salam buat semua...beruntungnya dan bersyukurlah kepada insan yang bergelar ibu.Kerana anda akan diraikan pada 10 Mei ini... bagi mereka yang tiada ibu..inilah masanya anda muhasabah dan berbakti kepada sesiapa sahaja yang bergelar ibu.

Jasa ibu tiada bandingan..Tiada nilaian wang ringgit juga bukan ditentukan dengan apa-apa sahaja berbentuk material....Hanya mereka yang bergelar ibu dapat merasakan dan menghayati betapa terkesannya di jiwa pabila diri ini dihargai,disanjungi...untuk selama-lamanya...khususnya anak yang dikandungkan selama 9 bulan...

Sesungguhnya....Ibu adalah Ratu Hatiku..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ibuku...Hamidah binti Malok dan ibu mertuaku..Hasinah binti Ngarimin@Marimin (Al-Fatihah....Aminn..)

Rabu, 6 Mei 2009

Kerenah belajar IT

Terlalu syok belajar It,belajar blog,belajar emel...terkadang gamat rasanya, dengan bisingnya, dengan ketawanya,dengan humornya...macam-macam kerenah guru bila belajar IT..
apapun teruskan usaha untuk memahirkan diri pelajari blog agar diri kita lebih hebat berbanding orang lain..Begitulah lagaknya jika mengajar orang dewasa...berbanding mengajar kanak-kanak atau pelajar sekolah

Kursus Bina Blog Fasa 2 dan Murnikan Blog Fasa 1

Salam buat semua.....Pada hari ini seramai 20 orangGC hadir ke PKG Bandar Pontian.Nampaknya ada peningkatan pada GC untuk memantapkan blog masing-masing.Seronok rasanya dapat berkongsi ilmu dengan semua GC .Semoga dapat diteruskan .Hidup MGC untuk semua..Majulah GC Pontian...Terima kasih adik PPIK..